Tuesday 14 August 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Edisi Pengenalan



Saya ada mendengar cerita daripada rakan-rakan bahawa Maharaja Lawak akan kembali bersiaran pada tahun ini. Saya juga pernah terbaca artikel berkaitan di media cetak secara sepintas lalu. Saya hampir terlupa perkara tersebut maklumlah sekarang di Astro Warna banyak tayangkan rancangan komedi. Dari sketsa komedi Karoot Komedia X, gameshow Betul ke Bohong? sehinggalah beberapa rancangan lain. Saya hanya mengikuti 2 rancangan ini kerana saya rasa cukup bergelak. Jika saya tonton rancangan komedi lain, mahu sehari suntuk saya tidak habis gelak. Walaupun rancangan komedi yang disiarkan berulang kali tetapi saya tidak jemu pula menontonnya.
Baru-baru ini saya sedikit teruja apabila menonton promo Maharaja Lawak Mega 2012.  Saya sangat teruja sebenarnya dengan rancangan tersebut kerana rancangan anak beranak sebelum ini (Raja Lawak 1 sehingga 6, Maharaja Lawak & Maharaja Lawak Mega) saya tak ketinggalan mengikutinya. Pernah sebelum ini saya dan isteri yang sarat mengandung ketika itu sanggup menonton di sebuah kedai makan semata-mata kerana Maharaja Lawak. Itu cerita lama dan kini tinggal kenangan kami berdua. Bila difikirkan kembali kenangan tersebut terasa seperti buang tabiat pula (hehehe..).
Saya mencari maklumat tentang Maharaja Lawak Mega 2012 di internet dengan bantuan Google tetapi tidak banyak yang saya perolehi cuma ada satu blog yang berkaitan. Agak menarik info yang disampaikan. Sila rujuk http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/06/jozan-akan-bersaing-kembali-dlm.html. Apa yang penting finalis Maharaja Lawak  iaitu Jozan, Sepah, Nabil & Jambu dan finalis Maharaja Lawak Mega Osbon, Boboi, Syok & Saehu serta 5 peserta hot seats yang dipilih menerusi undian sms akan berentap sesama mereka. Melihatkan kepada barisan peserta yang bertanding kali ini membuatkan saya tidak sabar duduk di hadapan kaca tv untuk menontonnya.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino - DrmCD
    Harrah's Cherokee 나주 출장마사지 Casino is open 강릉 출장마사지 24 hours a day, seven days a week. 경산 출장안마 The casino's 1,100,000 평택 출장마사지 square foot gaming 광명 출장안마 space features 761 gaming tables

    ReplyDelete