Keputusan penuh BPL awal pagi tadi menyaksikan Manchester City membenam pasukan jiran setempat iaitu Manchester United dengan jaringan tunggal pemain pertahanan City. Jaringan itu sudah cukup untuk membawa City menghampiri gelaran pemilik takhta liga.
Monday, 30 April 2012
The Avengers
Sudah lama saya tidak menonton wayang. Seingat saya kali terakhir adalah pada tahun lepas. Filem yang saya tonton waktu itu ialah Ombak Rindu. Itupun atas desakan isteri saya yang beriya mahu menontonnya. Oleh kerana ketika itu ia menjadi fenomena, saya turutkan sahaja.
Labels:
Filem
Wednesday, 18 April 2012
Maksud nama "NUR AMNA QISTINA"
Ketika melakukan carian di Google, tiba-tiba hati ini terpaut pada laman name.crazyartzone.com. Laman ini memaparkan maksud nama seseorang beserta dengan tafsiran mengikut abjad nama. Agak unik dan pastinya boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan nama yang sesuai untuk diberikan kepada cahayamata tersayang.
Nama Nur Amna Qistina merupakan pilihan daripada isteri saya untuk puteri kesayangan kami. Saya fikir nama tersebut agak sedap dipanggil dan enak didengar selain membawa maksud yang baik. Nur membawa maksud cahaya manakala Amna merupakan gabungan nama saya dan isteri. Qistina pula bermakna Keadilan.
Di sini saya paparkan tafsiran nama Nur Amna Qistina mengikut abjad. Semoga peribadi puteri kami seindah namanya dalam meniti kehidupannya sendiri kelak. Amin!
Nama Nur Amna Qistina merupakan pilihan daripada isteri saya untuk puteri kesayangan kami. Saya fikir nama tersebut agak sedap dipanggil dan enak didengar selain membawa maksud yang baik. Nur membawa maksud cahaya manakala Amna merupakan gabungan nama saya dan isteri. Qistina pula bermakna Keadilan.
Di sini saya paparkan tafsiran nama Nur Amna Qistina mengikut abjad. Semoga peribadi puteri kami seindah namanya dalam meniti kehidupannya sendiri kelak. Amin!
NUR AMNA QISTINA | |
N | Naif |
U | Untung |
R | Ramah |
A | Amanah |
M | Mesra |
N | Naif |
A | Alim |
Q | Qualiti |
I | Ikhlas |
S | Suci |
T | Tulus |
I | Idealistik |
N | Naif |
A | Abadi |
Apa ada pada nama? |
Labels:
Amna
Tuesday, 17 April 2012
Rumahku Syurgaku
Pejam celik dah 6 bulan saya dan keluarga tinggal di rumah sendiri. Sebenarnya kunci dah diserahkan awal lebih kurang bulan 3 tahun lepas tetapi kami mula mendiami rumah tersebut secara rasmi bulan 10. Kebetulan sewaktu kunci diserah, isteri saya sedang sarat mengandung dan selepas beliau habis pantang barulah kami berpindah.
Alhamdulillah, niat untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai dan mungkin juga rezeki puteri kesayangan kami Nur Amna Qistina. Segala urusan juga dipermudahkan-Nya dari urusan ‘booking’ rumah sehinggalah kunci diserah. Saya hanya mampu bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan.
Saat menerima panggilan untuk urusan serahan kunci merupakan saat yang paling gembira buat saya. Setelah hampir 10 bulan menunggu dengan penuh sabar, saat dinanti akhirnya tiba. Sewaktu urusan mengambil kunci dan buat pertama kali melangkah ke dalam rumah sendiri, perasaan yang dirasa memang tak dapat digambarkan walaupun rumah agak kotor ketika itu.
Kini, tiada masalah besar yang kami hadapi sepanjang mendiami rumah ini. Jika ada pun hanya masalah kecil yang boleh diatasi. Saya cuma berharap agar dijauhkan segala perkara yang mampu memudaratkan kami sekeluarga lebih-lebih lagi ketika membesarkan puteri kami. Suasana persekitaran yang masih hijau dan keadaan yang tenang membuatkan saya rasa pilihan saya dan isteri adalah tepat.
Labels:
Rumah
Monday, 16 April 2012
Salam Pembuka Bicara
Assalamualaikum!
Alhamdulillah, setelah sekian lama berkira-kira untuk memiliki blog sendiri akhirnya tercapai jua. Lama juga niat itu tersimpan kemas di dalam hati dan baru hari ini terluah. Pastinya setiap apa yang kita buat, punya harapan tersendiri. Harapan saya pada blog ini adalah sebagai tatapan pembaca alam maya yang mengunjungi blog ini lebih-lebih lagi buat puteri kesayangan saya Nur Amna Qistina. Walaupun si kecil itu belum mengerti cabaran kehidupan yang dia bakal tempuhi nanti, semoga blog ini sebagai panduan kepada dia meniti nilai kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah!
Labels:
Pengenalan
Subscribe to:
Posts (Atom)